nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir kilat landa 6 lokasi di Shah Alam

16 Ogos: Enam lokasi sekitar Seksyen 13, Shah Alam dilanda banjir kilat sejak jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang, hari ini.

“Antara kawasan terlibat ialah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.

“Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambah beliau, tiada jalan ditutup kerana difahamkan air telah surut dan keadaan masih  terkawal.

“Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa, orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Situasi di kawasan terlibat banjir kilat ini dalam keadaan terkawal setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Zulfikar Jaffar berkata pihaknya setakat ini tidak menerima panggilan berkaitan kejadian.

Bagaimanapun pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Media sosial kini mula tular dengan pelbagai gambar dan video yang memaparkan kawasan yang dinaiki naik termasuk sekitar Masjid Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Sebuah video berdurasi 23 saat  dikongsi Mohd Shahrul Adzhar yang menunjukkan kenderaan yang turut terkandas susulan jalan ditenggelami air.

Seorang pengguna Facebook, AdiNda Az turut berkongsi tiga gambar yang memaparkan situasi banjir dan turut kelihatan, beberapa kenderaan terperangkap ditenggelami air.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Selangor sehingga jam 9 malam ini.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.