nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selangor perlu beri peluang BN pegang jawatan Exco

16 OGOS : Pemimpin atau wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menyertai barisan Exco negeri untuk menunjukkan bahawa mereka masih boleh berkhidmat untuk rakyat selepas parti itu tewas banak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Penganalisis politik, Musli Oli berkata beliau tidak menolak tentang pentingnya wakil BN dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor namun beliau menegaskan pelantikan itu tidak boleh dilakukan secara ‘semberono’ dan perbincangan perlu dilakukan terutamanya bagi menentukan siapa yang paling layak dilantik.

“Tidak ada salahnya jawatan Exco diberikan kepada pemimpin BN di Selangor kerana kerajaan negeri Pulau Pinang yang di terajui oleh DAP juga turut memberi satu jawatan itu kepada pemimpin BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar.

“Di Selangor pula, mereka (BN) berjaya memenangi 2 kerusi DUN iaitu Sungai Air Tawar yang diwakili Datuk Rizam Ismail dan Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz. Jadi BN berhak memegang jawatan itu, malah hal ini selari dengan permuafakatan yang dicapai untuk menubuhkan kerajaan perpaduan selepas PRU-15 lalu,” katanya kepada BBC Portal.

Musli Oli

Dalam pada itu, Musli juga berpendapat UMNO perlu mengorak langkah melantik presiden baharu sebagai satu tawaran atau penjenamaan baharu yang sesuai dengan perubahan politik arus perdana tanah air.

Katanya, pemimpin yang benar-benar berintegriti dan golongan muda berpontensi perlu dipilih serta diberikan peluang menerajui masa depan negara.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain turut menyokong jawatan Exco Selangor diberikan kepada pemimpin BN kerana parti itu merupakan gabungan parti yang sama-sama berjuang bagi memenangkan Kerajaan Perpaduan di Selangor pada PRN lalu.

Dr Mohd Zaidi Md Zain

Jelas beliau, BN perlu dilihat sebagai gabungan Kerajaan Perpaduan sekali gus layak menjawat jawatan Exco Selangor walaupun jika tidak memenangi sebarang kerusi.

“Jika wakil daripada BN dipilih, ini merupakan pemilihan gabungan PH-BN. Kita (BN) bukannya berdiri sebagai satu parti sahaja.

“Jika tidak menang kerusi sekalipun tetap juga ada pertimbangan untuk meletakkan BN bersama kerajaan negeri, lebih-lebih lagi jika menang walaupun hanya dua kerusi,” katanya.

Tambahnya, tiada istilah BN menuntut jawatan tersebut kerana perkara itu sudah ada perbincangan dan persefahaman bersama PH.

“PH-BN sudah mencapai satu permuafakatan, persefahaman yang lebih erat dan faham falsafah serta matlamat tujuan parti-parti politik yang bergabung.

“Jadi, isu ini tidak perlu diperbesarkan dan  saya nasihatkan kepada siapa sahaja dilantik nanti supaya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi segalanya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor dilaporkan dijangka akan mengangkat sumpah selewat-lewatnya Isnin depan.

Kelewatan ini juga berikutan memberi ruang kepada Istana Selangor membuat persiapan sewajarnya susulan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru saja selamat pulang ke tanah air selepas menjalani prosedur perubatan di luar negara, hari ini.

Sabtu lalu, gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi DUN.

Jumlah 34 kerusi itu diperoleh menerusi DAP sebanyak 15 kerusi, PKR pula 12 kerusi, Amanah lima kerusi manakala BN dua kerusi sementara PN menang 22 kerusi menerusi Bersatu (12 kerusi) dan PAS (10 kerusi). Oleh AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.