nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu tidak puas hati agihan jawatan exco Kedah?

20 OGOS : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan tidak berpuas hati dengan isu pembahagian jawatan barisan kerajaan negeri Kedah.

Memetik sumber yang dilaporkan Berita Harian, Bersatu hanya memperoleh tiga jawatan exco sahaja, dimana ia berkurangan daripada jumlah yang diberikan sebelum ini.

Barisan exco kerajaan negeri itu dijangka mengangkat sumpah esok.

“Kami sangat kecewa dan kesal apabila dimaklumkan hanya diperuntukkan tiga jawatan exco sedangkan pada penggal lalu, kami diberikan lima jawatan (exco dan juga jawatan) Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

“Kami tidak mahu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu apabila hanya masing-masing satu jawatan exco diberikan kepada wakil Bersatu, sedangkan kami sama-sama bekerja untuk PN di negeri terbabit,” kata sumber dipetik media berkenaan.

Tueut dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga belum menjawab permintaan untuk komen.

Berita Harian sebelum ini melaporkan tiga Adun Bersatu yang akan dilantik menganggotai pentadbiran negeri ialah Halimat Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), serta Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan).

Pada pilihan raya negeri minggu lepas, PN meraih majoriti besar apabila menang 33 dari 36 kerusi DUN di Kedah.

Dari jumlah kerusi berkenaan, Bersatu memenangi 11 DUN, bertambah dari lima kerusi yang disandang parti itu sebelum pilihan raya.

Satu kerusi turut dimenangi oleh Gerakan, yang menurut Sanusi mungkin mendapat satu jawatan exco.

PAS pula memenangi 21 kerusi, yang disifatkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya pada satu kenyataan hari ini, sebagai satu kejayaan yang bersejarah.

“PAS Negeri Kedah buat pertama kali pada sejarah penyertaannya dalam pilihan raya, telah berjaya mencapai kerusi melebihi majoriti mudah (DUN),” katanya.

Hanya 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Kedah.

PN berkuasa di Kedah pada 2020 selepas Adun Bersatu berpaling tadah daripada PH untuk menyokong PAS membentuk kerajaan negeri baru.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.