nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Singapura berdepan kemelut geopolitik, ekonomi

21 Ogos : Singapura yang turut berdepan pandemik Covid-19 seperti negara-negara lain, sekali lagi diuji kemelut geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

“Kita (Singapura) turut merasakan tekanan yang semakin ketara di sekeliling kita,” katanya ketikca berucap bersempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2023 bertajuk ‘A Better Home, A Brighter Future’ pada Ahad.

Lee berkata, persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China jelas memberi kesan kepada semua negara dan rantau dunia dengan sikap saling berwaspada serta tidak percaya yang kian mendalam kedua-dua negara itu.

“(Berikutan itu) negara-negara lain perlu memilih jalan selamat untuk mengelak daripada turut terbabit sama,” katanya.

Menyuarakan kebimbangan mengenai konflik berterusan di Eropah, Lee menyifatkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sebagai satu tragedi kemanusiaan dan serangan terhadap norma serta nilai-nilai antarabangsa.

“Ini merupakan satu amaran kepada negara-negara lain untuk tidak sekali-kali memandang ringan keamanan dan mengingatkan kita mengenai kepentingan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura yang kuat,” katanya.

Selain itu, Lee berkata orde atau aturan ekonomi dunia semakin susut manakala konsep globalisasi juga kian lemah.

“Rantaian bekalan kini berpecah. Kalangan negara-negara bertindak melaksanakan pelbagai langkah perlindungan. Ini menjejaskan semua negara, terutama negara perdagangan kecil dan terbuka seperti kita,” katanya.

Di sudut lain, beliau turut menyentuh soal cuaca melampau dialami dunia akibat pemanasan global.

“Dari China dan Jepun ke Eropah dan AS, tiada rantau yang terkecuali daripada bencana banjir, kemarau, gelombang haba serta kebakaran liar.

“Keadaan itu menjejaskan pengeluaran serta harga makanan di serata dunia. Walaupun ini belum lagi dirasakan sepenuhnya di Singapura tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan ini akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, Singapura juga sedang berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi dan menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih positif dan mengelak daripada kemelesetan.

“Inflasi akhirnya turun, namun ini berkemungkinan akan kekal tinggi daripada apa yang biasa kita alami. Kos sara hidup masih terus berlegar dalam fikiran semua.

“Kita akan bersama-sama mengharungi cabaran ini,” katanya.

Pada 11 Ogos lalu, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2023 kepada 0.5-1.5 peratus, susulan prospek permintaan luaran yang kekal lemah.

Angka itu lebih rendah daripada unjuran sebelum ini pada julat 0.5-2.5 peratus.

Sebelum itu, pada 24 Julai lepas, MTI dan pihak Penguasa Kewangan Singapura menyatakan bagi keseluruhan 2023, inflasi utama dan teras diunjur masing-masing antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus serta 3.5 peratus dan 4.5 peratus.

Dalam ucapannya itu, Hsien Loong turut berkongsi mengenai perkembangan berkaitan pelan peralihan pucuk pimpinan Singapura dan mengakui dalam usaha bersedia menghadapi masa depan, tugas penting adalah berkaitan dengan aspek kepimpinan itu.

“Seperti yang anda semua maklum, rancangan asal saya adalah untuk menyerahkan (jawatan ini) dan berundur sebagai perdana menteri menjelang 2022 iaitu sebelum ulang tahun saya yang ke-70. Bagaimanapun, rancangan itu telah dijejaskan oleh pandemik.

“Namun kini, Covid-19 telah berakhir dan pelan peralihan itu kembali di landasan yang sewajarnya,” katanya yang turut memberi jaminan bahawa beberapa kontroversi yang menjadi perhatian rakyat Singapura baru-baru ini, tidak akan menangguhkan jadual perancangan tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.