nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis siasat pemilik akaun Facebook didakwa hina PM

23 Ogos: Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook Arun Dorasamy.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan dijalankan ke atas D Arumugam berhubung hantaran video mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Anwar di Facebook pada 18 Ogos lalu.

“Lelaki itu sudah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman pada 21 Ogos (kelmarin) bagi rakaman percakapan dan membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Pada masa sama, Mohd Shuhaily mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah hingga boleh mengganggu proses siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Terdahulu, seorang aktivis dilapor telah dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung tindakannya mempersoalkan Anwar mengislamkan seorang saudara baharu, baru-baru ini.

Aktivis berkenaan dipercayai mengeluarkan kritikan terhadap Anwar selepas tular rakaman video Anwar mengislamkan seorang lelaki di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Rakaman video berdurasi 1 minit 26 saat itu tular di laman media sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam video berkenaan Anwar dilihat mahu meninggalkan masjid berkenaan selepas solat Jumaat di situ tetapi dijemput untuk menyempurnakan majlis tersebut menyebabkan beliau duduk kembali.

Anwar menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas menziarah waris mangsa nahas pesawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.