nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong zahir tahniah sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023

1 SEPT : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang meriah dan luar biasa di Putrajaya, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin menerusi satu kenyataan media berkata Baginda turut menzahirkan rasa kagum dan sukacita dengan sambutan yang dijayakan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.

Titah Al-Sultan Abdullah, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini merupakan sambutan terakhir Baginda dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, ianya mempunyai makna yang besar buat Baginda.

“Sambutan ini menjadi kenangan manis yang akan sentiasa dalam ingatan buat Seri Paduka Baginda berdua,”katanya.

Dalam pada itu, kata Zahari, Baginda amat kagum menyaksikan persembahan yang ditunjukkan oleh kesemua kontinjen serta peserta daripada pelbagai peringkat umur yang mempamerkan semangat kenegaraan dan cintakan negara.

Baginda berdua sempat menyantuni rakyat yang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya, semalam. Foto : FB Istana Negara

Al-Sultan Abdullah turut bertitah semangat perpaduan dan patriotisme yang dipamerkan dalam setiap acara dan majlis yang dianjurkan di seluruh negara sangat membanggakan dan sewajarnya dipuji.

Justeru, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar kedaulatan Malaysia terus dipelihara dan dilimpahi dengan segala keberkatan dan keamanan yang berkekalan.

“Baginda berharap semangat yang secara langsung mencerminkan keakraban rakyat pelbagai kaum itu dapat memperkukuh lagi keharmonian negara,”katanya.

Khamis lalu, lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya semalam bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung menerusi televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula pukul 7 pagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.