nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fatwa politik cemar kesucian Islam : menteri

Kenyataan media

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Berkenaan saranan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan pihak sewenang-wenang mengeluarkan hukum berkaitan syarak kerana berbeza aliran dan fahaman politik

1. ​Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

2. ​Saya ingin menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak-pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak dengan sewenang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.

3. ​Penggunaaan istilah haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam (6) maksud. Walaubagaimanapun, umumnya masyarakat di Malaysia mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu ‘hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang meng­ingkarinya’.

4. ​Justeru, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman dengan kumpulan masing-masing. Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.

5.​ Negara kita mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara. Saya berharap agar kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik kumpulan.

6. ​Semua pihak yang terlibat dalam PRK kali ini dinasihatkan untuk bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat. Hentikan segala kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.

7.​Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam negara yang tercinta ini.

Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.