nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlu kurangkan import beras, bawang

13 SEPT : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu merangka pelan jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada beras dan bawang import.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata kementerian perlu memastikan bekalan barangan berkenaan sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi  ketika negara berdepan isu keterjaminan makanan sejak empat tahun lalu ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Kita tahu nasi adalah makanan ruji negara ini dan sebab itu beras sangat mustahak. Suatu ketika dahulu, kita menghasilkan 70 peratus beras yang diperlukan, tetapi kini hanya 65 peratus dan bakinya adalah beras yang diimport.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

“Kenapa jadi macam ini? Sepatutnya trendnya ialah kita mengurangkan kebergantungan makanan import. Kerajaan perlu meletakkan sasaran jelas supaya suatu hari nanti, mungkin lima atau 10 tahun lagi 100 peratus beras yang diperlukan dihasilkan secara tempatan,” katanya ketika membahas  tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Cha Keen Chin berkata KPKM wajar mempertimbangkan saranan berkenaan selepas mengambil kira duti eksport sebanyak 40 peratus bagi pengimportan bawang yang dikenakan India dan nilai itu akan berterusan hingga 31 Disember ini.

“Bawang berbeza dengan beras kerana hampir 100 peratus kita beli dari luar dan India mengenakan duti eksport 40 peratus bagi memenuhi keperluan pasaran negara berkenaan.

“Apakah langkah negara kita sebab duti eksport dikenakan India akan berterusan hingga 31 Disember ini dan apa yang kita akan buat dalam tempoh empat bulan ini? Adakah kita akan bertukar ke negara pengimport lain?

“Apakah kita ada sasaran menghasilkan bawang sendiri? Mungkin bukan sekarang tetapi dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang. Kita perlu ada rencana ke arah itu. Klau tidak selama-lamanya kita akan bergantung kepada bawang diimport,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.