nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Stok beras tempatan ditambah, elak kecoh di outlet FAMA

21 SEPT : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan segera menambah stok bekalan beras tempatan ke outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Bekalan beras putih tempatan juga akan segera dihantar ke semua pasar raya supaya orang ramai tidak hanya tertumpu kepada outlet FAMA dan LPP.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini bagi mengelakkan kekecohan seperti yang berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Bagan Datoh, Perak pada Rabu berulang.

“Kekecohan berlaku disebabkan oleh stok yang sampai ke outlet tersebut tidak mencukupi sekali gus menyebabkan beberapa pelanggan tidak berpuas hati kerana menunggu lama.

“Kita turut mengarahkan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) berbincang segera dengan pengilang dan pemborong untuk menambah stok beras putih tempatan kepada pihak FAMA dan LPP supaya insiden seperti itu tidak berulang di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau bekalan beras putih tempatan di Agrobazaar Kedai Rakyat milik usahawan bimbingan FAMA di Jalan Kebun Tambahan, Seksyen 30, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya membeli beras mengikut keperluan dan tidak menyimpan stok supaya lebih ramai pengguna dapat membeli beras berkenaan.

Pada masa sama, peniaga kecil-kecilan seperti penjual nasi lemak dan pengusaha kantin serta pengusaha pusat tahfiz juga dinasihati supaya berhubung dengan FAMA dan LPP bagi menempah bekalan beras yang diperlukan.

“Jangan khuatir kerana dari semasa ke semasa stok beras putih tempatan akan dihantar ke pasar raya dan bekalan dijangka kembali stabil dalam beberapa minggu lagi.

“Sehingga kini, FAMA sudah mengedarkan 244 metrik tan beras putih tempatan ke seluruh negara menerusi outlet usahawan bimbingan FAMA,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.