nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jerebu: Malaysia hantar surat kepada Indonesia

4 OKT : Malaysia menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan itu dibuat susulan arahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

“Saya sudah mengutus surat kepada Indonesia, semalam Perdana Menteri telah mengarahkan pihak kementerian untuk mengkoordinasi masalah jerebu ini.

“Susulan arahan itu, saya mengutus surat kepada rakan sejawat saya di Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat petang tadi, kualiti udara di dua kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman merekodkan bacaan IPU 138 manakala Serian mencatatkan 113.

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar menerusi satu kenyataan rasmi di Jakarta menepis dakwaan Malaysia bahawa jerebu yang melanda negara ini berpunca dari kebakaran hutan di Indonesia.

Kata Siti Nurbaya, Jakarta tidak mengesan sebarang jerebu rentas sempadan ke negara jiran seperti didakwa.

“Kami terus memantau sebarang perkembangan dan tiada jerebu rentas sempadan ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Jumaat lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negara ini mengeluarkan amaran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.