nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MA63: PM berterima kasih, wakil rakyat PH Sabah tarik saman

5 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaannya kepada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menarik kembali saman terhadap kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Baru-baru ini ADUN-ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) sebahagian daripada PH mencabar kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63.

“Saya ucap terima kasih kerana mereka menarik saman terhadap kerajaan Persekutuan kerana sejak kita ambil alih kerajaan, Ketua Menteri (Sabah), Datuk Seri Hajiji Noor sedia maklum saya telah arahkan sedaya upaya kita untuk melaksanakan apa yang kita janjikan.

“Bapa-bapa pada tahun 1963 dalam perjanjian Malaysia telah menjanjikan untuk melaksanakan beberapa hal yang dimeterai hasil daripada muafakat antara pemimpin Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Jadi tugas itu tentulah dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Dalam ucapan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan kerjasama erat antara pusat dengan kerajaan negeri akan diteruskan.

“Saya akan beri jaminan, hubungan dan kerjasama erat dengan sahabat saya, Datuk Seri Hajiji…kita akan terus meningkatkan usaha dan mendengar apa-apa langkah lain yang dinyatakan.

“Jadi sekali lagi saya berterima kasih dengan rakan-rakan ADUN yang menarik balik saman supaya kita boleh menjalin kerjasama dan meningkatkan usahasama,” katanya.

Baru-baru ini menerusi satu kenyataan, 12 wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula (OS) bagi mendapatkan satu perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan.

Keputusan itu diambil selepas mereka melihat ada kemajuan dalam perkara MA63 itu khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan Anwar.

Dua belas wakil rakyat berkenaan terdiri daripada Datuk Ewon Benedick (Ahli Parlimen Penampang/ADUN Kadamaian), Datuk Wilfred Madius Tangau (Ahli Parlimen Tuaran), Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu), Vivian Wong (Ahli Parlimen Sandakan), Senator Noorita Sual.

Datuk Frankie Poon (ADUN Tanjung Papat), Datuk Christina Liew (ADUN Api-Api), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang), Jannie Lasimbang (ADUN Kapayan), Peto Galim (ADUN Inanam), Tan Lee Fatt (ADUN Likas) dan Awang Hussaini Sahari (bekas Ahli Parlimen Putatan).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.