nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bayi doktor 8 bulan maut tertinggal dalam kereta

6 OKT : Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilaporkan maut selepas ditinggalkan hampir 10 jam dalam kereta di parkir kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras, semalam.

Ibu mangsa yang merupakan seorang doktor meletakkan bayinya di tempat duduk belakang untuk dihantar ke TASKA.

Namun difahamkan wanita tersebut menyangka sudah menghantar anaknya sebelum ke tempat kerja.

 Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata pegawai perubatan HTCM menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5.53 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati pada jam 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan bayinya di tempat duduk belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke TASKA.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke TASKA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zam, doktor tersebut hanya menyedari bayinya masih di dalam kereta pada petang hari sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke TASKA hari tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Polis Cheras melalui talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.