nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Indonesia larang jualan di TikTok, Malaysia teliti dulu

7 OKT : Malaysia akan meneliti dahulu tindakan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau ada menerima aduan orang awam yang risau langkah sama diambil kerajaan dalam perkara itu.

Namun katanya, ada beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk-produk yang dijual melalui platform e-dagang.

“Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.

“Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, hari ini.

Hujung bulan lalu Indonesia mengumumkan larangan itu dan memakluman mana-mana kedai TikTok yang mahu meneruskan transaksi di platform tersebut perlu mendapatkan permit e-dagang.

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan dilaporkan berkata pemilik diberi tempoh hanya seminggu untuk memohon permit perdagangan bagi mengelak ditutup.

“Pada masa akan datang, TikTok hanya boleh digunakan untuk promosi dan pengiklanan, manakala transaksi sebenar mesti dilakukan di laman e-dagang,” katanya yang dilaporkan portal antaranews.com.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.