nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia dijangka berdepan kesan El Nino lebih ekstrem

10 OKT : Malaysia dijangka bakal berhadapan dengan kesan fenomena El Nino yang lebih ekstrem berbanding tahun-tahun terdahulu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata intensiti El Nino kali ini dijangka meningkat bermula hujung tahun ini hingga awal tahun depan.

Katanya, fenomena ini akan memberi impak yang lebih signifikan terhadap corak cuaca negara terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya seperti yang berlaku pada 1997 hingga 1998 dan 2015 hingga 2016.

“Kesan fenomena El Nino tahun ini dijangka akan menjadi lebih ekstrem berbanding episod-episod terdahulu dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara.

“Bagi menghadapi fenomena El Nino ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sudah bersiap siaga lebih awal.

 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering diadakan untuk melaporkan status terkini keadaan cuaca, tinjauan cuaca, status kualiti udara, merancang tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat di samping mengatur persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya jerebu merentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Iklim Kebangsaan 2023 bertema ‘Waspada El Nino Hadapi Monsun Timur Laut’ yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Forum tersebut dikendalikan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip selaku moderator yang disertai tiga ahli panel iaitu Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera MetMalaysia, Ambun Dindang; Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dr Norlida Mohd Dom serta Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Nazaruddin Sharaai.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata langkah proaktif turut diadakan antaranya pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) dan memperkasakan pemantauan komuniti melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P).

Beliau juga yakin Jabatan Metreologi Malaysia (MET) sentiasa komited dan peka dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana cuaca ekstrem dan banjir serta cuaca panas.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), melalui Projek Menaik Taraf Stesen Pencerapan Cuaca Permukaan sebanyak 100 stesen pencerapan cuaca konvensional akan dinaik taraf kepada stesen meteorologi auksiliari automatik yang berteknologi tinggi.

“Melalui projek seperti ini, kita dapat mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada serta meningkatkan perkhidmatan pemantauan cuaca berterusan, ramalan cuaca semasa dan penyampaian amaran cuaca buruk kepada masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.