nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1MDB: Tindakan saman Goldman Sachs pramatang

12 OKT : Jawatankuasa Pasukan Petugas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akui terkejut dengan tindakan Kumpulan Goldman Sachs Inc yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata tindakan itu jelas pramatang dan tanpa pertimbangan sewajarnya.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs ini kerana kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Bagaimanapun susulan perkembangan terbaharu tersebut, kerajaan Malaysia bersedia untuk memberikan respon terhadap perkara itu dan memastikan proses ini dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Reuters melaporkan Goldman Sachs memfailkan saman di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam selepas mendakwa Malaysia melanggar obligasi untuk mengkredit aset dengan sewajarnya.

Dalam pada itu Johari berkata, tindakan Goldman Sachs memulakan prosiding timbang tara juga dilihat sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kewajipan bank itu untuk melakukan pembayaran interim sebanyak AS$250 juta (AS$1=RM4.72) di bawah perjanjian penyelesaian tersebut.

Johari turut menyediakan kronologi perkara penting yang berlaku berkaitan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs:

Perjanjian Penyelesaian Goldman Sachs ditandatangani pada 18 Ogos 2020, terdiri daripada dua bahagian – pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion yang dibayar 10 hari selepas menandatangani perjanjian penyelesaian; dan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs dalam tempoh lima tahun dari tarikh perjanjian penyelesaian.

Di bawah jaminan pemulihan aset, jika kerajaan Malaysia tidak mendapatkan semula jumlah AS$500 juta menjelang 18 Ogos 2022 (dua tahun selepas perjanjian penyelesaian ditandatangani), Goldman Sachs perlu membayar AS$250 juta sebagai bayaran interim kepada kerajaan.

Pada 18 Ogos 2022, perakaunan yang disediakan oleh kerajaan kepada Goldman Sachs menunjukkan ia tidak mendapat semula AS$500 juta justeru itu kerajaan berhak untuk menerima bayaran interim sebanyak AS$250 juta bagaimanapun ia dipertikaikan oleh Goldman Sachs.

Perjanjian penyelesaian tersebut membenarkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan bagi tempoh tiga bulan sekiranya timbul pertikaian berkaitan dengan perjanjian penyelesaian berkenaan.

Lanjutan masa yang berasingan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Goldman Sachs apabila tarikh akhir ditetapkan pada 18 Ogos 2022 tamat tempoh dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian itu secara baik.

Empat lanjutan tempoh yang diberikan adalah seperti berikut:

(a) Goldman Sachs meminta lanjutan masa selama tiga bulan pada 8 September 2022 dan lanjutan tempoh ini tamat tempoh pada 8 Disember 2022 (lanjutan masa pertama);

(b) Pada 8 Disember 2022, lanjutan masa diberikan dan ia tamat tempoh pada 8 Februari 2023 (lanjutan masa kedua);

(c) Pada 8 Februari 2023, lanjutan masa diberikan sekali lagi, dan ia tamat tempoh pada 8 Mei 2023 (lanjutan tempoh ketiga); dan

(d) Lanjutan masa terakhir diberikan pada 8 Ogos 2023 dan tamat tempoh ditetapkan pada 8 November 2023 (lanjutan masa keempat).

Menurut Johari, jika penyelesaian tidak dicapai pada tarikh akhir, 9 November 2023 kerajaan boleh memulakan prosiding timbang tara berhubung pembayaran interim sebanyak AS$250 juta.

“Ketika ini dan seperti yang dinyatakan di atas, pihak yang terlibat masih dianggap berada dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik dan sebagai pihak yang terkilan, Pasukan Petugas 1MDB melihat permulaan prosiding timbang tara Goldman Sachs sebagai tindakan pramatang dan tanpa pertimbangan sewajarnya dengan prasyarat yang diperlukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.