nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP PN sokong Anwar demi rakyat

12 OKT : Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bagi kawasan Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid hari ini mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Bersatu itu berkata keputusan yang dibuatnya itu susulan mendengar rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak bagi menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

“Keputusan saya juga bertujuan menilai sama ada Perdana Menteri (Anwar) adalah ikhlas dan akan mengotakan janjinya bahawa peruntukan akan disalurkan kepada sesiapa ahli Parlimen yang menyokong dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, meskipun menyokong kepimpinan kerajaan ketika ini, namun beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Susulan keputusannya itu, beliau akui bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk berdepan dengan risiko tindakan disiplin daripada partinya.

Ini kerana katanya, beliau tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.

“Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga pilihan raya umum (PRU) yang seterusnya.

“Semoga ALLAH senantiasa memberkati Malaysia dan rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keputusan itu jelas memberi kelebihan kepada Kerajaan di Parlimen namun katanya perkara itu perlu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat.

Ia bagi meneliti sama ada kenyataan itu mempunyai implikasi di bawah undang-undang lompat parti yang diluluskan sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Iskandar Dzulkarnain menang di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 3,566 undi atas tiket PN dalam pertembungan empat penjuru.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Maslin Sham Razman (10,814 undi); calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Termizi Ramli (10,356 undi) dan calon Pejuang, Yusmalia Mohamad Yusof yang mendapat 204 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.