nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Simulasi phishing tingkat kesedaran ancaman penipuan

28 OKT : Kementerian Komunikasi dan Digital mencadangkan agar satu simulasi phishing dilaksanakan memandangkan kes jenayah penipuan dalam talian masih lagi tinggi di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata ianya antara langkah proaktif bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan ancaman penipuan kerana ia merupakan masalah serius di negara ini.

Katanya, jenayah siber ini seringkali melibatkan mangsa dalam golongan usia antara 17 hingga 40 tahun.

“Saya akan bincang dengan beberapa pihak dalam Gabungan Bertindak Anti-Scam (GBAS) untuk kita laksanakan seawal mungkin. Ini akan membantu untuk meningkatkan kesedaran (mengenai keselamatan siber dan ancaman penipuan).

“Isunya ialah apabila kita bercakap tentang satu bentuk scam, mungkin minggu depan atau petang ini (akan) direncana scam baharu (oleh penjenayah siber). Ini antara kekangan kita kerana mereka terlalu kreatif.

“Justeru, kami sedang teliti daripada beberapa aspek. Saya berpandangan, bergantung harap kepada siri jelajah (bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber dan ancaman penipuan) sahaja belum mencukupi (dan) boleh dirancakkan dengan beberapa cara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.

Program anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan CelcomDigi dengan kerjasama GBAS itu disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital bagi memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai jenis jenayah scam, modus operandi terkini serta tips amalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada mudah terpedaya dan menjadi mangsa.

Sementara itu, Fahmi di dalam ucapannya berkata pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 4,381 insiden keselamatan siber bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Sebanyak 2,788 insiden atau 64 peratus daripadanya adalah berkaitan penipuan dalam talian.

“Oleh itu, pelbagai usaha, inisiatif serta kempen berkaitan dengan scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kepada seluruh lapisan masyarakat dengan pendekatan lebih kreatif dan komprehensif,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.