nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wakil rakyat tak capai prestasi akan ditukar

29 OKT : Mana-mana wakil rakyat DAP yang tidak mencapai prestasi akan diganti dengan muka baharu.

Peringatan itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dengan berkata, penilaian dan prestasi menjadi petunjuk penting bagi memastikan wakil rakyat memberi perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dan bermanfaat kepada kawasan masing-masing.

“Anda telah diberikan amanah, diberikan peluang menjadi calon bagi pihak DAP, jadi mesti buat yang sebaik mungkin. Jangan sesekali memalukan parti ini dengan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai calon dan wakil rakyat

“Kalau ada yang tidak menepati kehendak parti dan prestasi yang diharapkan, sudah tentu ramai lagi yang boleh menggantikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Konvensyen DAP Perak kali ke-22 di Hotel Kinta Riverfront di Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman.

Anthony berkata, DAP mempunyai ramai barisan pelapis yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin dan wakil rakyat di pelbagai peringkat sama ada kerajaan pusat, negeri mahupun tempatan.

Tambahnya, di Perak sahaja, selain wakil rakyat, pemimpin DAP mempunyai wakil di 99 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri dan lebih 100 orang mengisi jawatan ketua kampung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.