nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan berusaha bawa balik mangsa sindiket pemerdagangan manusia

5 NOV : Kerajaan berusaha menyelamatkan mangsa sindiket pemerdagangan yang terperangkap di luar negara.

Menegaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia berdasarkan prinsip the right to return atau hak untuk kembali.

Dalam hal ini, katanya lagi kerajaan akan melakukan pelbagai kaedah demi menyelamatan rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan di luar negara setelah mendapat laporan rasmi mengenainya.

“Sejak empat, lima tahun kebelakangan ini angka (mangsa pemerdangan manusia) meningkat… dari segi pasukan polis sendiri, apapun langkah menyelamat yang kita buat ada prinsip jelas.

“Pertama, kerajaan akan mengutamakan the right to return kepada rakyat Malaysia tak kira apapun, asal kita ketahui mereka ada di luar (negara) dan dalam kesusahan, kerajaan akan buat apa sahaja untuk bawa mereka balik,” katanya selepas Majlis Pentauliahan Program Pensijilan Agensi Antidadah Kebangsaan Kedua di Sungai Petani, hari ini.

Saifuddin Nasution mengulas laporan akhbar hari ini mengenai hampir 2,000 rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap dan tidak mampu menyelamatkan diri di beberapa negara jiran sejak setahun lepas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya menerima aduan daripada ratusan keluarga meminta bantuan membawa ahli keluarga mereka pulang dan difahamkan di Myanmar sahaja lebih 1,200 mangsa menjadi buruh paksa yang melakukan pelbagai pekerjaan.

Mengenai bilangan mangsa, Saifuddin Nasution berkata pihaknya hanya merujuk kepada jumlah rasmi kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kementerian berkaitan akan membuat pengesanan serta operasi menyelamat sebaik sahaja menerima aduan.

“Sama ada angka itu selari atau sama dengan polis kumpul, melalui aduan keluarga…NGO (badan bukan kerajaan) mungkin ada saluran lain. Penting untuk laporkan angka yang tepat. Biarlah kerajaan bertindak atas angka rasmi kerana melaluinya saja boleh melancarkan bantuan melalui kerjasama dengan pihak negara berkenaan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata kerjasama daripada ahli keluarga juga sangat penting kerana pihak berkuasa memerlukan pelbagai maklumat untuk tujuan pemprofilan selepas mangsa diselamatkan.

Menurut beliau, antara maklumat diperoleh setakat ini ada sebahagian mangsa yang benar-benar naif dan mempercayai sindiket pemerdagangan manusia itu.

“Sebahagian lagi tahu dari mula scam (penipuan) tapi pergi juga. Ada yang tiada kena-mengena dengan scam…mereka berjudi di luar, kalah pinjam along dan tak boleh balik dan maklumkan menjadi mangsa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.