nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir : Sepang paling terjejas

6 NOV : Sepang dilaporkan menjadi daerah paling terjejas dalam kejadian banjir di Selangor dengan 477 orang mangsa dipindahkan 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata jumlah mangsa keseluruhan direkodkan 603 orang dari 162 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Menurut sekretariat itu dalam satu kenyataan hari ini, sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di beberapa daerah di Selangor.

“Daerah yang paling terjejas adalah Sepang dengan 477 mangsa banjir daripada 133 keluarga.

“Seramai 231 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, manakala 108 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali.

“Selain itu, Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir juga dibuka sebagai PPS yang menempatkan 89 mangsa dan 49 lagi mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang,” katanya.

Beliau berkata, dua PPS dibuka di daerah Hulu Langat iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih yang menempatkan 96 mangsa banjir daripada 23 keluarga.

“Seramai 87 mangsa ditempatkan di SK Bangi, manakala sembilan mangsa dipindahkan ke SK Semenyih.

“Di daerah Hulu Selangor pula, satu PPS dibuka iaitu di Dewan Komuniti Taman Desa Hulu Yan Bharu yang menempatkan 15 mangsa membabitkan tiga keluarga,” katanya.

Katanya, di daerah Petaling juga satu PPS dibuka di Dewan Serbaguna Camelia MBSJ, Putra Height membabitkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

“Satu lagi PPS dibuka di daerah Gombak di Dewan Seroja Kampung Bendahara membabitkan lima mangsa daripada tiga keluarga,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan di Perak, seramai 219 mangsa banjir daripada 63 keluarga masih ditempatkan di empat PPS di daerah Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, jumlah mangsa kekal 53 orang daripada 17 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 12 daripada tiga keluarga masih di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatat ketinggian 4.02 meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Slim di Slim River pada paras berjaga-jaga, masing-masing dengan 13.29 meter dan 25 meter.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi, cuaca diramal baik pagi ini, namun hujan dan ribut dijangka berlaku di kebanyakan daerah di Perak pada petang dan malam ini.

Foto : Facebook Anas As-Said Zaharuddin

Get real time updates directly on you device, subscribe now.