nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Boleh kritik di luar, bukan dalam Dewan : Speaker

 6 NOV : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak akan mengendahkan tuduhan dan hinaan yang dibuat terhadapnya di luar Dewan Rakyat.

Namun, beliau menegaskan sekiranya perkara itu terjadi semasa di dalam persidangan Dewan Rakyat, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara tersebut.

“Berbeza dengan Speaker sebelum ini, saya akan mengambil tindakan terhadap sebarang komen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan kredibiliti dan keputusan saya.

“Apa-apa jua yang diungkapkan di dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya…saya akan ambil tindakan.

“Namun pun begitu, sesiapa juga boleh hina saya di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengkritiknya di luar Dewan Rakyat, di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu sidang media pada Jumaat mempersoalkan kredibiliti Johari sebagai speaker serta mendakwa Johari tidak melayan ahli Parlimen pembangkang dengan adil dalam perbahasan.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu membandingkan Johari dengan Speaker terdahulu iaitu Tan Sri Azhar Harun yang katanya lebih baik dalam menjalankan peranan sebagai Speaker Dewan Rakyat kerana memiliki latar belakang undang-undang serta bukan dari kalangan ahli politik. 

“Kita bukan gesa Speaker diganti, cuma mahu beliau adil dan ikut prosedur yang ditetapkan,” kata Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut.

Selain Hamzah, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mendakwa Johari menghalang ahli Parlimen pembangkang daripada bertanya kepada menteri tiga soalan tambahan semasa sesi soal jawab walaupun ini diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat.

“Hanya dua soalan tambahan dibenarkan. Kami ingin minta di Parlimen, pembangkang diberi layanan yang sewajarnya berdasarkan Perlembagaan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Johari berkata beliau tidak akan menjadikan tindakan ahli Parlimen mengkritiknya secara terbuka sebagai suatu isu.

“Boleh panggil saya tak layak, boleh panggil saya tidak berpendidikan,” katanya.

“Saya berkhidmat untuk dewan ini. Di luar terpulanglah…nak kata saya bodoh tak cerdik, tak layak (itu) bukan masalah saya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.