nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin, negara Arab desak AS laksana gencatan senjata

6 NOV : Palestin menyertai negara-negara Arab dalam mendesak Amerika Syarikat (AS) melakukan gencatan senjata segera di Gaza.

Memetik laporan Al Jazeera, Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata presiden itu mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Negara AS, Antony Blinken selama satu jam di West Bank, pada Ahad.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada kedua-dua pihak tapi apa yang saya tahu Abbas mungkin menggesa Blinken untuk melakukan gencatan senjata seperti tuntutan pemimpin dari negara-negara Arab.

“Tapi tuntutan negara-negara Arab itu ditolak dan perkara yang sama mungkin berlaku kepada Abbas,” kata jurucakap itu.

Perundingan itu dilakukan ketika angka kematian di Gaza semakin meningkat dengan jumlah kini mencecah 10,000 orang.

Sebelum ini, dalam mesyuarat bersama menteri-menteri luar Arab yang diadakan di Amman pada Sabtu, Blinken menolak tuntutan bagi melakukan gencatan senjata di Gaza.

Katanya, gencatan senjata akan menjadi tidak produktif dan boleh menggalakkan lebih banyak serangan daripada Hamas.

“Pada pandangan kami, gencatan senjata hanya akan menyebabkan Hamas berada di tempatnya selain dapat berkumpul semula dan mengulangi serangan mengejut dilakukan pada 7 Oktober lalu,” kata Blinken. 

Dalam perkembangan lain, empat anggota paramedik cedera apabila sebuah dron Israel melancarkan serangan bom berhampiran dua ambulans dalam perjalanan untuk mengambil mangsa di selatan Lubnan pada Ahad.

Terdapat laporan menyatakan paramedik terbabit dalam perjalanan untuk mengambil mayat dua pejuang Hizbullah.

Sementara itu, Ketua jabatan pembedahan plastik di Hospital al-Shifa di utara Gaza, Dr Ahmed Mokhallalati memaklumkan sekurang-kurangnya 100 pesakit akan mati apabila hospital kehabisan bahan api.

“Keadaan menjadi kritikal kerana kami kehabisan bahan api dan tiada bekalan yang masuk,” katanya kepada Al Jazeera.

Dr Ahmed berkata bahan api diperlukan untuk menjana elektrik bagi memastikan operasi tabung darah, ventilator, pam oksigen dan peralatan lain yang penting untuk merawat pesakit.

“Pihak berkuasa di Gaza telah memberitahu stesen minyak supaya tidak menjual petrol dan menyimpannya untuk hospital tetapi tiada penyelesaian ajaib untuk mendapatkan bahan api dan ia masalah yang rumit,” katanya.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan jumlah kematian di wilayah yang dikepung meningkat kepada 9,770 termasuk 4,880 kanak-kanak sejak 7 Oktober.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.