nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Musim tengkujuh dijangka mula Sabtu ini : MetMalaysia

7 NOV : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh atau fasa awal Monsun Timur Laut (MTL) bermula Sabtu ini sehingga Mac tahun depan.

Ia melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor serta barat Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya luruan monsun tersebut kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah.

“Sekiranya berterusan dan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar serta luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut serta ombak besar di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini 

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan hyga amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjangkakan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah, Labuan dan utara Sarawak mengalami kurang hujan pada fasa akhir MTL iaitu Februari hingga Mac 2024.

“Keadaan cuaca panas dan kering berpotensi berlakunya gelombang haba berikutan El Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan 2024,” kata Muhammad Helmi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.