nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin: CCR saman Biden

15 NOV : Pusat Hak Perlembagaan (CCR) yang berpangkalan di New York memfailkan saman terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan anggota pentadbirannya susulan gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

Menurut CCR, tindakan itu bagi menguatkuasa kewajipan undang-undang serta moral paling asas dan penting di dunia iaitu kewajipan untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan kehancuran rakyat.

“Tindakan berkenaan dibawa bagi pihak beberapa kumpulan Palestin termasuk Al-Haq dan Defence for Children International,” katanya.

CCR berkata, tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas rakyat Gaza dimungkinkan kerana ‘sokongan tanpa syarat’ oleh Presiden Joseph Biden, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin.

“AS adalah sekutu terdekat dan penyokong terkuat Israel yang menyediakan bantuan ketenteraan dengan margin besar.

“Israel juga adalah penerima terkumpul terbesar bantuan asing AS sejak Perang Dunia kedua. AS sebenarnya mempunyai cara yang untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

CCR mendakwa pihak defendan menolak gesaan untuk gencatan senjata atau mengehadkan penggunaan bantuan ketenteraan AS oleh Israel.

“Selama lima minggu lalu Biden, Blinken dan Austin berganding bahu dengan kerajaan Israel yang menyatakan dengan jelas niatnya untuk memusnahkan penduduk Palestin di Gaza,” katanya.

Peguam kanan CCR, Katherine Gallagher berkata AS mempunyai kewajipan yang jelas dan mengikat untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai itu namun gagal menggunakan kuasa besar mereka bagi menamatkan kegilaan itu.

Melalui tuntutan yang difailkan di California utu, plaintif meminta defendan mengambil semua langkah bagi menghalang tindakan rejim zionis terus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di Gaza.

Ini termasuk mendesak Israel menamatkan pengeboman Gaza, menarik balik kepungan wilayah itu dan menghalang pengusiran paksa rakyat Palestin.

Sementara itu, kumpulan pejuang Palestin, Hamas menegaskan Biden ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ atas operasi tentera Israel di hospital terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa.

“Penerimaan Rumah Putih dan Pentagon terhadap dakwaan palsu pendudukan bahawa kumpulan penentang menggunakan kompleks perubatan Al-Shifa untuk tujuan ketenteraan memberi lampu hijau kepada pendudukan untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam,” kata Hamas.

Semalam Rumah Putih berkata sumber perisikan AS menyokong dakwaan Israel bahawa Hamas mewujudkan pusat operasi di bawah hospital.

Biden juga menggesa Israel mengambil ‘tindakan yang kurang mengganggu’Al-Shifa, sambil menambah, “hospital mesti dilindungi.”

Hari ini, rejim zionis memaklumkan telah menyerbu Hospital Al-Shifa dan menggesa anggota Hamas di hospital itu menyerah diri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.