nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM siasat 4 MP PN sokong PM

16 NOV : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah menerusi tindakan mereka untuk beralih sokongan.

“Buat masa ini kita tunggu laporan daripada polis, siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di ibu kota, hari ini.

Azam berkata pihak polis merujuk kepada SPRM untuk mengadakan siasatan lanjut kerana laporan terhadap keempat-empat ahli Parlimen berkenaan yang dibuat pada Isnin lalu itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

Sebelum ini,  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa berkata polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan yang mendakwa terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap perdana menteri.

Terdahulu, dakwaan kononnya terdapat unsur rasuah timbul apabila empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata pihak SPRM sudah membuat laporan polis berhubung  tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal oleh kerajaan.

Tegas beliau, tohmahan itu disifatkan sebagai liar serta tidak berasas. 

“Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.

Pada Rabu lalu, SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

Video tersebut memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq serta mendakwa jentera- jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.