nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan lihat sudut positif hasil kajian Merdeka Center

25 NOV: Kerajaan mengambil maklum mengenai laporan kaji selidik Merdeka Center berhubung pentadbiran setahun Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memandang ia dari sudut positif.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kaji selidik Merdeka Center berhubung kadar penilaian kelulusan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Dis 2022.

Jelas beliau yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpduan, kerajaan mengambil maklum laporan berkenaan dalam usaha menambah baik inisiatif menyelesaikan masalah termasuk isu ekonomi walaupun ia bersifat ‘snap shot’ atau ‘keratan rentas’ pada ketika itu.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri pada majlis sambutan setahun Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 23 November, tahun hadapan Kerajaan akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi termasuk pendapatan rakyat.

“Insya-Allah, dengan dasar Ekonomi Madani, Pelan Induk Industri Baru (NIMP) 2030, usaha membanteras rasuah dan menambah baik tadbir urus kerajaan termasuk memudah cara perniagaan dan pelaburan, hala tuju pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang betul,” katanya, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Anwar pada Jumaat berkata beliau mengambil maklum perkara itu dan menyatakan maklum balas itu adalah daripada 1,200 orang dan bukannya 32 juta rakyat Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hasil kajian berkenaan hanyalah daripada sekumpulan responden sahaja dan tidak menggambarkan pandangan keseluruhan rakyat Malaysia.

Menerusi program Ruang Bicara terbitan Bernama TV pada malam Jumaat, Shamsul berkata rating kelulusan yang diterima Anwar lebih meyakinkan berbanding kerajaan sebelum ini, misalnya Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kira-kira 30 peratus dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 30 hingga 40 peratus.

“Pada saya selepas setahun, kalau betul itu tinjauan mewakili seluruh rakyat Malaysia, kita ada banyak lagi ikhtiar untuk memastikan majoriti rakyat, 32 juta rakyat ini dapat dijaga dengan baik oleh kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.