nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM terima kunjungan Naib Presiden Indonesia

28 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Naib Presiden Indonesia, Dr Ma’ruf Amin di Kuching, Sarawak, malam ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu merupakan ruang untuk keduanya mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun.

Selain itu menurut Menteri Kewangan itu, mereka turut membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama seperti pelaburan, perdagangan serta tenaga kerja Indonesia.

“Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit membabitkan kedua-dua negara, dapat diselesaikan sesegera mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, malam ini..

Dalam pada itu, tidak terlepas dibincangkan terkait isu Palestin.

“Bapak Ma’ruf turut menyentuh isu Palestin di mana beliau maklumkan mengenai Hospital Indonesia di Gaza yang terpaksa dikosongkan akibat diserang rejim Zionis Israel.

“Saya juga maklumkan telah beri kenyataan tegas terkait isu Palestin bersama Presiden Indonesia, Jokowi di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sewaktu menghadiri persidangan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) 2023 di San Francisco,” katanya.

Menurut Anwar lagi, Ma’ruf turut memuji Kerajaan MADANI yang kini bertambah kukuh serta stabil.

“Seraya berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.

“Mendoakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” katanya.

Selepas pertemuan itu, kedua-duanya menghadiri Makan Malam Gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijadual menyampaikan ucaptama perasmian pada majlis berkenaan.

Edisi kedua GMBF yang berlangsung mulai hari ini hingga 30 November bertujuan merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan dan perkongsian lebih kukuh di seluruh dunia.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.