nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 kes baharu cacar monyet dikesan : KKM

30 NOV : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini bagi tempoh 31 Oktober hingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kesemuanya membabitkan lelaki tempatan yang menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak sembilan kes.

Menurutnya, kesemua kes baharu itu tiada kaitan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini dan menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

“Kesemua kes sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil.

“…manakala kesemua kontak bagi kes yang disahkan sudah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes kelima disahkan pada 10 November melibatkan lelaki berumur 40 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 29 Oktober. 

Kes keenam pula membabitkan lelaki berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 7 November dan disahkan pada 12 November manakala kes ketujuh merupakan kontak rapat kepada kes keenam, melibatkan lelaki berusia 35 tahun yang turut menunjukkan gejala lepuh pada 11 November dan disahkan pada 12 November.

Kes kelapan melibatkan lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko dan mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot (myalgia), bengkak kelenjar (lymphadenopathy) dan ruam makulopapular sejak 6 November dan disahkan pada 15 November.

Bagi kes kesembilan pula membabitkan lelaki berumur 47 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko menunjukkan gejala demam dan ruam pada 8 November dan disahkan pada 17 November.

Dr Muhammad Radzi berkata jangkitan boleh berlaku menerusi sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Jelasnya, gejala mpox adalah demam berserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

“Tempoh inkubasi mpox iaitu daripada tarikh individu terdedah kepada jangkitan sehingga mendapat gejala adalah antara lima ke 21 hari.

“Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain satu hari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya, dan sekiranya disyaki atau disahkan mpox perlu menjalani perintah pengasingan sehingga disahkan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain,” katanya.

Menurutnya lagi, kebiasaannya pesakit dijangkiti mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus.

Beliau turut meminta para pengamal perubatan supaya peka terhadap individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

“Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan mpox perlu didapatkan. Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada Guidelines Mpox Management In Malaysia diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Januari 2023.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.