nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaburan baharu  dari Jepun cerminkan keyakinan terhadap Malaysia

23 DIS : Potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion daripada syarikat mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia.

Ia susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun baru-baru ini.

Anwar berkata ia dijangka meningkatkan pelaburan Jepun di Malaysia kepada sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini.

“Ini mencerminkan keyakinan Jepun terhadap masa depan Malaysia. Pelaburan bernilai tinggi ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi yang sama rata untuk lebih ramai rakyat Malaysia, selaras dengan keutamaan kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

“Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada kesudian Jepun untuk bersama-sama dengan kita dalam membina semula Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan melahirkan keyakinan terhadap masa depan Malaysia pada 2024 dan kerangka Ekonomi MADANI menzahirkan kemakmuran bersama untuk semua yang komited terhadap agenda transformasi Kerajaan MADANI.

“Saya optimistik sekiranya jika semua rakyat bersatu dan bekerjasama dalam merealisasikan wawasan ini, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, jadual perdana menteri yang padat mencerminkan kukuhnya persahabatan yang terjalin dengan Jepun sejak sekian lama.

Dalam lawatan itu, diumumkan hubungan diplomatik Jepun–Malaysia terus diperkukuh melalui status Perkongsian Strategik Komprehensif.

Di bawah hubungan baharu yang diperkukuh ini, kerjasama antara Jepun dan Malaysia dijangka berkembang luas, merentasi bidang ekonomi, pertahanan, sains, teknologi, inovasi, alam sekitar dan budaya.

“Produk pertama hasil Perkongsian Strategik Komprehensif baharu ialah Geran Bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) sebanyak 400 juta yen (RM13 juta) daripada Jepun untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia.

“Ini adalah tambahan kepada pakatan kerjasama yang ditandatangani antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA),” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Dalam lawatan kerja itu, perdana menteri juga mengadakan mesyuarat bersemuka dengan syarikat Jepun RoHM Wako, NEC Co. Ltd. (Toshiba), dan Mitsui & Co. Ltd dan menghadiri persidangan meja bulat dengan 25 syarikat Jepun yang menzahirkan minat untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.