nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

14 kes Covid-19 dikesan di PPS : Dzulkefly

29 DIS : Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sembilan daripada kes berkenaan dikesan di Kelantan manakala bakinya di Terengganu.

“Kes Covid-19 yang dilaporkan itu dikategorikan sebagai sporadik iaitu 12 daripadanya mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS atau di rumah manakala dua kes memerlukan rawatan di hospital,” katanya, lapor Bernama.

Dzulkefly berkata menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan setiap hari di PPS, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 183 kes jangkitan kulit, 125 kes jangkitan respiratori akut (ARI), tujuh kes konjunktivitis dan tiga kes gastroenteritis akut (AGE).

“Semua kes adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar di PPS terbabit. Tiada kes kesihatan mental dirujuk kepada kaunselor atau Pakar Perubatan dilaporkan,” katanya.

Selain itu, Dzulkefly berkata satu kejadian wabak konjunktivitis dilaporkan Selasa lalu di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Pasir Mas, Kelantan membabitkan lima kes daripada 15 orang yang terdedah.

Katanya, semua mereka diberi rawatan, pendidikan kesihatan dan diisolasi di PPS berkenaan.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 51 fasiliti kesihatan terjejas banjir di tiga negeri iaitu 23 fasiliti di Kelantan, Terengganu (11) dan 17 di Pahang.

Dzulkefly berkata sebanyak 34 fasiliti kesihatan masih beroperasi seperti biasa, manakala 16 berpindah operasi ke fasiliti alternatif dan satu fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi kerana terputus hubungan.

“Orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa.

“KKM menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan mengambil serius arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian banjir di negeri-negeri yang terlibat dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan penyakit sewajarnya serta perkhidmatan kesihatan dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.