nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar minimum daftar haji mungkin dinaikkan

20 JAN : Kemungkinan menaikkan kadar kadar minimum pendaftaran haji selari dengan kos haji semasa akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata cadangan ersebut sebelum ini sudah dikemukakan kepada TH.

“Isu berkaitan deposit ini ada dibincangkan dengan pengurusan tertinggi (TH). Saya ada sebut perkara ini, mengenai jumlah minimum deposit pendaftaran (sebanyak RM1,300) sahaja ketika ini. Ia membolehkan ramai yang boleh mendaftar haji dan seterusnya mendapat giliran haji masing-masing.

“Saya arahkan kepada pengurusan tertinggi TH untuk adakan perbincangan, bengkel dan sebagainya untuk lihat kembali kemungkinan kita naikkan had minimum supaya dengan itu, jumlah kos semasa haji turut diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, hari ini.

Mohd Na’im akui kos semasa pendaftaran haji sebanyak RM1,300 terlalu rendah.

“Tidak bolehlah jumlah (pendaftaran haji) terlalu rendah, seperti sekarang RM1,300. Ini yang saya katakan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Perlu untuk lihat kembali jumlah ini. Insya-Allah kalau ada persetujuan dan perbincangan, nanti kita akan umumkan,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan kos haji untuk seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat 8 peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun lalu.

Sehubungan itu, bayaran haji bagi kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356, RM19,152 bagi kumpulan M40 manakala jemaah T20 perlu membuat bayaran penuh iaitu RM33,300.

Mengulas keluhan jemaah terutama dalam kalangan B40 mengenai bayaran haji yang meningkat kepada RM12,356 berbanding RM10,980 tahun lalu, Mohd Na’im berkata orang ramai perlu memahami kewajipan haji berasaskan prinsip istito’ah.

“Antara kemampuan yang jelas perlu adalah berdasarkan prinsip instito’ah. Kerajaan dan TH tahun ini sahaja sudah membantu melebihi RM20,000 untuk seorang jemaah B40.

“Ada juga yang masih tidak mampu, mungkin tidak ada bantuan lain seperti sumber kewangan daripada keluarga, walaupun kerajaan sudah berikan bantuan dan mereka hanya perlu bayar RM12,356.

“Disebabkan itu kita sarankan supaya golongan ini untuk tulis kepada TH untuk buat rayuan bagi penangguhan, supaya boleh pergi pada tahun depan atau sehingga (tahun) yang mereka mampu nanti,” katanya.

Katanya, penangguhan tidak akan membatalkan hak giliran jemaah haji tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.