nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ringgit jatuh perlu ditangani dengan pendekatan bijak

26 FEB : Kejatuhan nilai ringgit adalah cabaran yang serius dan memerlukan kerajaan bertindak dengan pendekatan yang bijak agar tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil pendekatan seimbang untuk mengekalkan keyakinan pelabur.

“Apabila nilai ringgit jatuh, antara cadangan yang diberikan ialah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Namun, tindakan ini boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

“Hal ini boleh meningkatkan beban hutang kepada golongan seperti ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada perasmian penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad.

Perdana menteri menjelaskan pengalaman pada tahun 1998 apabila kadar OPR dinaikkan adalah kerana ketika itu kadar inflasi naik mendadak dan pelaburan yang amat berkurangan.

Oleh itu, tindakan untuk mengawal kejatuhan nilai ringgit pada ketika ini harus diambil dengan berhati-hati.

“Keadaan ekonomi terkini menunjukkan bahawa walaupun nilai ringgit turun, inflasi juga turun dan pelaburan negara meningkat.

“Sebagai contoh, pelaburan pada 2023 mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kepercayaan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar ekonomi negara,” katanya.

Anwar berkata, kestabilan politik Malaysia dan dasar ekonomi yang jelas adalah faktor penting yang dapat menarik pelabur dan polisi sebegini perlu dikekalkan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengekalkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Malaysia.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.