nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes rasuah Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Sesyen

28 FEB : Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengarahkan kes rasuah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM232.5 juta dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail itu membuat keputusan secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah terbabit.

Turut bersidang Hakim, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf daripada segi undang-undang apabila memutuskan empat pertuduhan itu tidak mendedahkan sebarang kesalahan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas perdana menteri.

“Mengenai isu dibangkitkan oleh perayu (pendakwaan) bahawa pertuduhan itu tidak cacat, kami menerima hujahan pihak berkenaan. Pada pandangan kami, empat pertuduhan itu adalah jelas.

“Oleh itu tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menyatakan cara atau memberikan butiran lanjut bagaimana kesalahan itu dilakukan.

“Kami membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan arahan Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Muhyiddin) dan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan seterusnya,” katanya, lapor BH.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Bersatu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan terbabit.

Ia susulan empat pertuduhan itu didakwa tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada 18 April tahun lalu, dengan memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan dikenakan terhadapnya pada 10 Mac 2023.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan itu adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Muhyiddin, 77 ketika menjadi Perdana Menteri Kelapan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi BERSATU.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain itu, Pengerusi PN berkenaan masih berdepan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang semuanya berjumlah RM200 juta.

Hadhariah berkata pihak pendakwaan berhujah bahawa pertubuhan parti politik adalah mengikut takrifan Seksyen 3 Akta SPRM.

Selanjutnya, pendakwaan menegaskan pertubuhan itu termasuk dalam definisi organisasi di bawah seksyen sama.

“Kami bersetuju dengan hujahan berkenaan. Tiada merit dalam hujahan responden (Muhyiddin) bahawa oleh kerana pertubuhan tidak disebut dalam seksyen itu, ia tidak boleh dimasukkan dalam definisi bersekutu.

“Pada pandangan kami, pengertian biasa pertubuhan ialah kumpulan yang dibentuk untuk tujuan tertentu. Oleh itu, ia termasuk dalam definisi organisasi.

“Bersatu sebuah pertubuhan politik di bawah takrifan bersekutu seperti yang ditakrifkan mengikut seksyen terbabit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.