nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3R : Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik

21 MAC : Ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga sensitiviti berkait dengan 3R yang merujuk bangsa, agama dan institusi diraja.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal berkata perkara ini boleh dilakukan dengan mengamalkan semangat perpaduan, saling menghormati dan toleransi terutama semasa menjalankan tanggungjawab berbahas di dalam Dewan.

Beliau berkata, ia penting kerana pada zaman internet ketika ini, setiap tingkah laku dan percakapan Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Negara adalah terbuka atau ‘vulnerable’ kepada setiap lapisan rakyat di pelbagai medium media massa tradisional serta media baharu tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

“Perkara ini juga telah dititah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 yang lalu. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan usaha dan komitmen ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyatukan masyarakat tanpa sebarang prejudis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara bersama dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak di bangunan Parlimen, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Yang Dipertua Negeri Sarawak; Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam ucapannya itu, Mutang turut mengucapkan syabas kepada semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara kerana rata-ratanya kekal fokus dan produktif sepanjang perbahasan di bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Johari berkata semua pihak di Dewan Rakyat termasuk beliau sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pandangan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak berhubung usaha memperkukuhkan kedudukan Parlimen Malaysia sebagai badan perundangan tertinggi negara.

Mutang berkata biar pun kini Wan Junaidi tidak lagi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, pengalaman luas beliau dalam politik serta pentadbiran kerajaan cukup untuk dikongsi dan dicerakinkan untuk pembangunan Parlimen dan negara amnya.

“Melalui pengalaman yang beliau (Wan Junaidi) ada dan digabung pula dengan sifat dinamik Premier Sarawak (Tun Abang Johari Abang Openg), saya juga yakin banyak perubahan akan berlaku di Sarawak bagi membolehkannya menjadi negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.