nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO tidak kompromi dengan tindakan perkotak-katik Islam

22 MAC : UMNO bertegas tidak akan sesekali berkompromi dengan apa juga tindakan yang memperkotak-katikkan kesucian agama Islam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia selaras dengan perjuangan parti yang menjadi benteng kedaulatan Islam.

“Sebagai parti yang menjadi benteng dan pemelihara kepada kedaulatan Islam dan kepentingan bangsa, UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua tindakan yang memperkotak-katikkan kesucian agama Islam. 

“Demi memelihara keharmonian, kerukunan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang sudah lama terbina di negara tercinta ini, UMNO menyeru semua agar isu-isu mutakhir ini dijadikan sebagai sempadan dan pengajaran penting supaya tidak berulang kembali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, penegasan itu dicapai melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung hari ini.

Dalam kenyataan sama, Asyraf memaklumkan UMNO senada dengan titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkait penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular sebelum ini.

“UMNO berpendirian tegas dan teguh dengan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar semua lapisan masyarakat menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif membabitkan raja, kaum dan agama (3R).

“UMNO turut mendukung penuh titah DYMM Yang di-Pertua Agong yang mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati curang dan terlibat dalam sebarang usaha meremeh dan memperlekeh kalimah Allah,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO amat prihatin dengan isu-isu sensitif menyentuh kesucian agama Islam, polemik perkauman yang mampu mencetus suasana ketidakharmonian dalam masyarakat majmuk negara ini.

“Isu-isu seperti gugatan kepada aqidah Islam dalam Filem Mentega Terbang, cadangan pewartaan Kampung Baharu Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Bak Kut Teh dan terkini isu kalimah Allah di stoking kaki adalah sebahagian daripada isu yang menjadi polemik memudaratkan,” katanya.

Pada Selasa, Sultan Ibrahim dilaporkan murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ALLAH di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Awal hari ini, polis mengesahkan kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking itu sudah lengkap dan menanti arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.

Oleh : Nur Eisya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.