nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Stoking: Pendirian Akmal mewakili UMNO keseluruhannya

22 MAC : UMNO secara keseluruhannya menyokong pendirian dan kelantangan Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkait isu stoking tertera kalimah Allah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pendirian Akmal mewakili parti itu secara keseluruhan.

“Seluruh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyokong penuh pendirian Pemuda UMNO berkenaan isu kalimah ALLAH di stoking.

“UMNO terus kekal teguh dengan pendirian mempertahankan kesucian agama Islam dan perkara itu sememangnya matlamat perjuangan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, hari ini.

Mengulas tentang tindakan beberapa menteri yang menegur sikap agresif Akmal, Asyraf menegaskan perkara itu tidak menjejaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, UMNO sudah meletakkan empat syarat penting yang perlu dipatuhi sebelum ini ketika ingin membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Dua perjanjian yang ditandatangani dalam membentuk kerajaan (melibatkan) memulakan perundingan dan satu lagi perjanjian dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

“UMNO meletakkan syarat jangan sesekali meremehkan apa juga yang terkait dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan (menerusi) Perkara 3 (Perlembagaan Persekutuan), kepentingan dan keistimewaan Melayu dan bumiputera dalam Perkara 153.

“Ini teras akar utama yang menjadi syarat kepada pembentukan kerajaan dan saya kira setakat hari ini, pemimpin parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk menteri-menteri Kabinet juga menghormati pendirian tersebut,” katanya.

Kebelakangan ini, Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka kerap berbalas kenyataan dengan beberapa menteri dalam Kabinet berkait isu stoking.

Beliau begitu lantang mengkritik pihak-pihak terbabit isu stoking itu.

Baru-baru ini, video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka di Petaling Jaya, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pihak terlibat telah membuat permohonan maaf dan setakat ini, 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara.

Hari ini polis mengesahkan sudah melengkapkan kertas siasatan dan menanti arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.