nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TH umum agihan keuntungan 3.1%

2 APR : Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan 2023, sama seperti tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata jumlah keseluruhan agihan keuntungan berkenaan melibatkan RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH.

“Ini menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan TH selama 60 tahun adalah sebanyak RM42.88 bilion sehingga kini,” katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH tahun kewangan 2023, lapor Bernama.

Turut hadir Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan, Mustakim Mohamad.

Na’im berkata agihan keuntungan TH 2023 mematuhi Akta Tabung Haji 1995 iaitu dilaksanakan selepas penyata kewangan TH tahun lalu selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan mengambil kira rosot nilai terutama pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi serta pelaburan hartanah di United Kingdom.

Na’im turut mengumumkan pelunasan zakat RM101 juta kepada semua majlis agama Islam negeri bagi pihak pendeposit untuk tahun lalu, dengan diselaraskan berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri.

“TH berharap pelunasan zakat ini secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara,” katanya sambul menambah sehingga kini, jumlah terkumpul zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit adalah RM1.37 bilion.

Katanya, pendeposit TH boleh memeriksa keuntungan dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12 tengah hari ini, menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam serta Bank Rakyat, selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Mengenai Program Zakat Wakalah TH, Na’im berkata TH menyantuni lebih 560,000 asnaf di seluruh negara tahun lalu dan secara keseluruhannya, lebih 1.6 juta asnaf menerima manfaat daripada Program Zakat Wakalah TH.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata pengiraan agihan keuntungan TH 2023 adalah berdasarkan purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, sebagai institusi simpanan bagi tujuan menunaikan ibadat haji, TH akan memberi penekanan kepada pelaburan yang bertanggungjawab dan mengambil pendekatan kepelbagaian portfolio pelaburan yang mensasarkan potensi penjanaan berdaya tahan, selamat dan mampan.

“TH juga sentiasa berusaha bagi menambah baik perkhidmatan dengan melaksanakan pembaharuan bagi menambah nilai untuk manfaat pendeposit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.