nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi, masa depan rakyat Kuala Kubu Baharu fokus kerajaan

24 APR : Isu ekonomi dan masa depan warga Kuala Kubu Baharu menjadi fokus Kerajaan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata pihak kerajaan telah mengenal pasti perkara yang dibangkitkan oleh penduduk dan pengundi di kawasan itu termasuk manifesto atau janji yang diberikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lee Kee Hiong.

“Saya fikir apa yang penting bagi pengundi di Kuala Kubu Baharu adalah bukan hanya melihat pencapaian setakat ini dan apa yang dijanjikan oleh mendiang ADUN tetapi juga masa depan Kuala Kubu Baharu.

“Bagi Kerajaan Perpaduan, kita telah mengenal pasti sejumlah perkara yang telah dibangkitkan sama ada oleh warga, penduduk atau pengundi di Kuala Kubu Baharu serta apa yang dijanjikan oleh mendiang ADUN,” katanya pada sidang media mingguan pada Rabu, lapor Bernama.

Fahmi berkata, calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diumum, malam ini.

Ditanya mengenai ketegangan antara parti komponen Kerajaan Perpaduan, beliau mengakui terdapat perbezaan pendapat namun menegaskan akan terus bekerjasama demi memastikan kemenangan calon mereka pada PRK itu.

“Demokrasi ni rencam, ada pelbagai pandangan. Kita bukan diktator.

“Kita akui walaupun ada beza pandangan tapi demi kemaslahatan ke arah kebaikan yang lebih besar, kita akan usaha untuk bekerjasama dengan baik,” katanya.

Menjawab persoalan Kerajaan Perpaduan dan parti komponennya tidak sehaluan, Fahmi berkata keputusan telah dibuat dalam mesyuarat pada Rabu lepas bahawa semua pihak bersetuju untuk bekerjasama.

“Ini tidak benar (bahawa mereka tidak sehaluan), bagi Pakatan Harapan, kami telah bermesyuarat minggu lepas yang disusuli mesyuarat dengan Barisan Nasional (BN), dihadiri oleh wakil semua parti komponen… dan ada keputusan tertentu yang dibuat yang membuktikan bahawa kami akan bekerjasama,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Kee Hiong, 58 yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser selama beberapa tahun.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan yang ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kubu Baharu ialah sebanyak 40,226 orang yang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.