nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia

27 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Riyadh, Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (World Economic Forum – WEF) bermula hari ini sehingga Isnin (29 April).

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Anwar menerima jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Anwar akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada mesyuarat khas bertemakan ‘Global Collaboration, Growth and Energy Development’ akan dihadiri Ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri.

“Perbincangan akan tertumpu kepada isu pembangunan mampan, keselamatan tenaga, perdagangan dan pelaburan serta isu-isu geopolitik semasa.

“Perdana menteri akan menyertai Sesi Panel bertemakan ‘New Vision for Global Development’ bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas ini,” kata Wisma Putra.

Selain itu, perdana menteri juga akan menyampaikan ucaptama pada ‘Joint Regional Strategy Dialogue on ASEAN – Gulf Cooperation Council (GCC)’ .

“Perdana menteri juga akan menghadiri ‘Country Strategy Dialogue’ di mana beliau akan berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

“Sesi ini diadakan khas untuk membolehkan Malaysia mengetengahkan keutamaan strategik dan inisiatif negara, termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal, serta peluang perdagangan dan pelaburan,” kata kenyataan itu.

Seperti kelaziman lawatan rasmi sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawatan  bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau juga antarabangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.