nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Subsidi tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula

2 MEI : Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) disambung semula, bermula hari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan pelajar yang berkelayakan terdiri daripada universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut MOT, buat masa ini, pelajar yang berkelayakan itu yang masih berdaftar di institusi masing-masing sehingga 31 Disember 2023 bagi fasa pertama.

“Bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Januari sehingga 31 Mac ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan,” menurut MOT dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

MOT menjelaskan pelajar layak boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my/.

“Selepas semakan, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan iaitu MalaysiaAirlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Inisiatif menerusi pemberian baucar digital bernilai RM300 kepada penuntut IPTA di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan serta pelajar di politeknik, institut pendidikan guru dan matrikulasi itu sebelum ini dilaksanakan mulai 15 Ogos 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023.

Menurut kenyataan itu, sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing.

MOT memaklumkan setelah permohonan diterima, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucardigital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan, dan sekiranya harga tiket yang dibeli kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

“Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 2 Mei hingga 30 November ini, manakala baucar tersebut boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember ini,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu akan diteruskan pada tahun ini dan akan memanfaatkan kira-kira 60,000 pelajar termasuk pelajar baharu IPTA.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.