nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selesai kes 1MDB dulu baru pertimbang tahanan rumah

15 MEI : Datuk Seri Najib Razak perlu melalui perbicaraan di mahkamah membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum sebarang pertimbangan dibuat berkait meringankan hukuman bekas perdana menteri itu.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segalanya terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sama ada beliau perlu dibenarkan menjalani tahanan di rumah, pendirian kami ketika ini adalah ikuti proses yang sedang berjalan (kes mahkamah) dan biarkan Agong yang putuskan.

“Ketika ini ada proses yang sedang berjalan, ada kes membabitkan 1MDB dan biarkan proses itu berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi temubual ‘In Coverstion With Prime Minister of Malaysia’ sempena Forum Ekonomi Doha (DEF) 2024 di Qatar.

Anwar diminta memberi pandangan terhadap isu pengampunan Najib terutama membabitkan Titah Adendum berkait tahanan di rumah

Kata Anwar, jika diminta memberi pandangan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, beliau akan memberikan nasihat sama.

“Jika Yang di-Pertuan Agong minta pandangan saya, saya akan nasihatkan Tuanku untuk ikut proses, tetapi Perlembagaan memberikan kuasa kepada Agong untuk akhirnya membuat keputusan.

“Jadi saya sebagai perdana menteri tidak seharusnya mendahului Agong,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Najib yang juga bekas Presiden UMNO itu berhak untuk membuat rayuan pengampunan daripada yang di-Pertuan Agong.

Malah kata Anwar, beliau juga sudah berikan segala bantuan yang mungkin supaya Najib dilayan secara adil.

“Dalam kes dihadapi Najib, dia sudah menjalani proses dan kini menjalani hukuman penjara’

“Sudah tentu beliau ada hak untuk merayu pengampunan daripada Agong dan saya nasihat baginda supaya melayaninya sepertimana rakyat Malaysia lain yang turut membuat permohonan sama,” katanya.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO di Country Heights, Kajang pada 30 Januari lalu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas perdana menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.