nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama BN-PH boleh ‘dibawa’ ke Sabah

21 MEI : Kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) boleh ‘dibawa’ ke Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata memperkukuh kerjasama itu penting bagi pembentukan kerajaan di Sabah selepas berjaya di Putrajaya.

“BN akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PH bagi memastikan persefahaman di antara dua parti itu dapat diterjemahkan di Sabah.

“Yang pentingnya BN harus memperkukuh kerjasama dengan PH. Itu adalah teras utama terutama di dalam pembentukan kerajaan di Putrajaya dan di Sabah juga mungkin suasana politik itu akan dapat diterjemahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023, hari ini.

Ahmad Zahid yang  juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO-BN bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang sealiran pegangan politik bagi membentuk kerajaan di Sabah atau menjadi sebahagian kerajaan.

“Kita pernah bersama-sama dengan rakan-rakan kerajaan yang lalu tetapi kita sudah terpinggir sekarang ini,” katanya

DAhmad Zahid berkata, namun ia tidak menjadikan UMNO tidak relevan di Sabah malah ia memberikan cabaran memperkuatkan UMNO di Sabah.

“Kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang kuat bagi membantu kerajaan yang kuat di Sabah,” katanya.

Beliau turut mengesahkan gabungan dipimpinnya itu sudah mengadakan beberapa perbincangan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

“Kita juga adakan bengkel. Insya-Allah kita akan umumkan keputusan yang terbaik apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.