nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tubuh Majlis Penasihat Aset Digital dan AI

8 MEI :  Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan (AI) di mana bidang itu kini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi global serta daya saing negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata majlis itu merupakan satu entiti penasihat strategik yang akan memainkan peranan penting untuk meletakkan negara mampu menguasai teknologi ini lantas berada di barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, dalam mesyuarat pertama yang dipengerusikannya, hari ini, pelbagai perkara dibincangkan termasuk potensi negara sebagai hab utama teknologi blockchain.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat pertama, antara dibincangkan adalah potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blockchain dan aset digital termasuk dalam sektor strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

“Antara fokus utama ialah penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, AI, analitik data raya dan pengkomputeran awan.

“Untuk memperkasa sektor kewangan digital yang lebih cekap, selamat dan inklusif, nescaya teknologi-teknologi ini mampu memacu inovasi dalam struktur pasaran, mempercepatkan transaksi serta memperkukuh ketelusan juga pematuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat itu, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak  menjayakan perkara itu.

Katanya, Malaysia bersedia untuk muncul sebagai peneraju dalam ekonomi digital global.

“Saya mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan dasar yang menyokong pembangunan teknologi secara bertanggungjawab dan progresif.

“Dengan kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, Malaysia bersedia muncul sebagai peneraju dalam ekonomi digital global,” katanya.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.