KENYATAAN MEDIA
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA PHNOM PENH
Dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh dalam proses mengemaskini maklumat rakyat Malaysia di Kemboja.
Kedutaan menyeru dan menggalakkan semua warganegara Malaysia di Kemboja untuk mendaftar atau mengemas kini maklumat peribadi dalam pangkalan data baharu kedutaan.
Kedutaan mengambil maklum terdapat warganegara Malaysia yang telah berpindah atau meninggalkan Kemboja pada tahun-tahun terdahulu tanpa mengemas kini maklumat mereka.
Eksesais kemaskini maklumat ini adalah penting bagi memudahkan pihak Kedutaan memperkemas penyampaian maklumat rasmi, pengurusan perkhidmatan konsular serta langkah-langkah berkaitan keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di Kemboja.
Daftar di pautan atau imbas kod QR di bawah.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI:
Telefon: +855 12 216 176 (24 jam)
e-mel : mwphnompenh@kln.gov.my
Website: https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA PHNOM PENH