nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kedudukan Shuhaily dirujuk ke AGC sebelum dipersembah kepada Agong

28 OKT : Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih bertugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) ketika berdepan kes di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily memandangkan beliau merupakan pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.

Menurutnya, kedudukan Mohd Shuhaily sedang diteliti sebelum keputusan berhubung perkhidmatannya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan.

Menurutnya, perkara itu turut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) serta dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi tindakan selanjutnya.

“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan) ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026, hari ini.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily masih dalam proses pemuktamadan bagi memastikan segala urusan dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan serta tatacara berkuat kuasa.

KDN turut menegaskan kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS kekal menjadi keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai agensi berkenaan.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily, 54 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September.

Mengikut pertuduhan pertama, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohamad Faiz Saman antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.

Beliau turut berdepan pertuduhan sama terhadap seorang lagi anggota polis, Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, di lokasi dan dalam tempoh masa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Insiden itu tular selepas video Mohd Shuhaily berkasar dengan dua individu di Terminal 1 KLIA tersebar di media sosial.

Kejadian itu berlaku pada 28 September lalu, ketika Mohd Shuhaily bersama pasukannya melakukan tinjauan kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA menjelang ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan berkenaan, AKPS bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) turut menjalankan operasi terhadap sindiket ‘ulat’ warga asing dan menahan seorang individu untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika pemeriksaan itu, dua individu yang tidak terbabit dalam pasukan operasi dilaporkan merakam kejadian dan diarah memadamkan rakaman sebelum berlaku insiden tersebut.

Video yang kemudian tular pula disahkan sebagai rakaman sebenar daripada sistem CCTV KLIA, tetapi menurut AKPS, klip itu bukan daripada sumber asal kerana ia dipercayai dirakam semula menggunakan peranti lain sebelum disebarkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.