21 MEI : Pemimpin dunia mengecam layanan tentera Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan ketika dalam perjalanan ke Gaza.
Melalui video yang dimuat naik Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir jelas menunjukkan aktivis tersebut berada dalam keadaan tangan diikat di belakang dan bersujud dengan dahi di lantai.
Malah Ben Gvir dilihat mengejek aktivis-aktivis yang ditahan itu sambil melaungkan ‘selamat datang ke Israel. Kami tuan rumah di sini!’.
Rata-rata pemimpin yang mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Israel itu dan menuntut pembebasan segera kesemua tahanan.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menuntut menuntut permohonan maaf Israel diikuti pembebasan segera rakyatnya yang ditahan
“Layanan tidak berperikemanusiaan diterima mereka tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai respons tegas, beberapa negara juga memanggil duta Israel untuk memberi penjelasan terhadap tindakan kejam rejim itu termasuk Perancis, Sepanyol, Belanda dan Belgium.
Namun tindakan Ben Gvir itu turut mendapat kritikan dari dalam kerajaan termasuk Perdana Menteri rejim, Benjamin Netanyahu yang menyifatkan tindakan menterinya itu tidak selaras dengan ‘nilai-nilai Israel’.
Netanyahu juga menegaskan kesemua aktivis GSF yang ditahan itu perlu segera dihantar pulang.
Sementara Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar mengecam tindakan Ben Gvir itu yang dilihat merosakkan kerja keras banyak pihak dari negara itu.
“Anda dengan sengaja memudaratkan negara melalui tindakan memalukan itu dan ini bukan pertama kami,” katanya.
Difahamkan, adik Presiden Ireland, Catherine Connolly antara yang ditahan Israel.
