nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN: PH tanding semua kerusi DUN Negeri Sembilan

4 JUN : Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkara itu sudah dipersetujui rakan komponen PH iaitu PKR, DAP dan Amanah.

“Insya-Allah kita (PH) selesai dalam pembahagian kerusi. Insya-Allah kita akan bertanding di 36 kerusi DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas lewat malam ini bagi mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan yang berkuatkuasa pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata perkara berkenaan akan dimuktamadkan pada minggu hadapan.

“Pembahagian kerusinya insya-Allah kita akan muktamadkan minggu depan. Dah siap dah (senarai) tapi ada…saya rasa elok minggu depan, kalau tidak tak ada pulak cerita minggu depan.

“Alhamdulillah selesai, Amanah setuju, DAP setuju, kita PKR menyokong,” katanya.

Lewat malam ini, beliau mengumumkan pembubaran DUN tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mandat DUN Negeri Sembilan ke-15 yang dibentuk pada Ogos 2023 itu masih berbaki lebih dua tahun dan sepatutnya tamat pada September 2028.

Pada PRN itu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi, diikuti 14 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) dan 5 kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, pada sidang media sama, Aminuddin berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan negeri itu pada PRN yang bakal diadakan kelak.

“Ini kita melihat kemelut yang berlaku kerana kita lihat bahawa iyalah sekejap dia (UMNO-Barisan Nasional) kata sokong…mula-mula dia tarik…tak sokong saya, tarik (sokongan) daripada kerajaan selepas itu kita nampak bahawa ini tidak sesuailah dalam satu kerajaan.

“Saya rasa perlu untuk kita mendapatkan mandat baharu daripada rakyat. Jadi saya serahkan kepada rakyat untuk tentukan masa depan negeri,” jelasnya ditanya sama ada pembubaran itu sebagai penyelesaian kepada kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.

Kemelut politik di negeri itu tercetus selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan kepada Aminuddin pada 27 April lalu.

Keputusan itu susulan kegagalan Aminuddin menyelesaikan kemelut membabitkan Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Seri Menanti.

Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak yang menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika Undang Sungei Ujong, Mubarak Dohak pula didakwa sudah dipecat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.