nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Onn Hafiz nafi bubar DUN Johor atas ‘arahan’ istana

25 JUN : Menteri Besar Johor menafikan dakwaan kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu atas ‘arahan’ pihak istana.

Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi UMNO Johor menegaskan pembubaran itu dibuat setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail sesuai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa saya pernah memaklumkan kepadanya kononnya pihak Istana telah ‘mengarahkan’ pembubaran Dewan Negeri Johor.

“Apa yang saya jelaskan ialah pembubaran tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Puad yang juga Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno mengumumkan keluar Umno hari ini selepas mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas dan dikawal istana dalam membuat keputusan.

Onn Hafiz berkata, mendapat titah perkenan itu merupakan satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik.

“Justeru, amat tidak bertanggungjawab untuk beliau kini memutarbelitkan proses perlembagaan yang sah sehingga mewujudkan persepsi kononnya Institusi Diraja mencampuri urusan dan keputusan politik UMNO Johor,” katanya.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

“Beliau berhak meninggalkan UMNO dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti. Namun, kenyataan sedemikian amat serius dan berpotensi menyentuh sensitiviti 3R, khususnya berkaitan Institusi Diraja, selain boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

“Saya menyeru semua pihak supaya menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor serta tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.