nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia dipilih sebagai lokasi GDC bukti keyakinan pelabur global

2 JUL : Pemilihan Malaysia sebagai lokasi Pusat Pembangunan Global (GDC) pertama oleh Ant International membuktikan keyakinan pelabur global terhadap dasar, kestabilan serta hala tuju ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan syarikat itu memilih Malaysia sebagai tapak GDC bertepatan dengan pelancaran Rangka Tindakan Malaysia Digital 2030, sekali gus memperkukuh aspirasi negara untuk muncul sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing dan inklusif.

“Keputusan memilih Malaysia sebagai tapak GDC mereka adalah bertepatan dengan pelancaran Rangka Tindakan Malaysia Digital 2030.

“Ini membuktikan keyakinan pelabur global terhadap dasar, kestabilan dan hala tuju ekonomi negara lantas menjadikan Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi muncul sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan majlis pelancaran pusat pembangunan global Ant International, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata negara perlu memastikan pertimbangan manusia terus menjadi asas dalam setiap proses membuat keputusan meskipun keupayaan dan kecanggihan teknologi berkembang dengan pesat.

Menurut Menteri Kewangan itu, kecerdasan buatan (AI) kini bukan sahaja mengubah cara syarikat beroperasi, malah turut mempengaruhi penilaian kredit, pengurusan risiko, perdagangan rentas sempadan serta keseluruhan ekosistem ekonomi global.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kemajuan teknologi tidak boleh mengorbankan nilai kemanusiaan kerana pertimbangan berasaskan hikmah, etika dan tanggungjawab perlu terus menjadi tunjang dalam setiap keputusan.

“AI sedang mengubah landskap perniagaan, perdagangan dan sistem kewangan global. Ia bukan sekadar mengubah cara syarikat beroperasi, malah turut mempengaruhi penilaian kredit, pengurusan risiko, aliran perdagangan rentas sempadan serta ekosistem ekonomi secara keseluruhannya.

“Namun, dalam mengejar kemajuan teknologi, kita tidak boleh mengorbankan nilai kemanusiaan yakni pertimbangan berasaskan hikmah, etika dan tanggungjawab mesti terus menjadi tunjang kepada setiap keputusan yang dibuat,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.