nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadungan mudarat, platform media sosial perlu tangani sendiri

2 JUL: Platform media sosial tidak sepatutnya terus bergantung kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti dan menurunkan kandungan berbahaya.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pihak berkenaan perlu melaksanakan pengesanan serta tindakan penguatkuasaan secara automatik.

“Bukan sepatutnya masalah kandungan memudaratkan ini ditangani oleh MCMC. Sepatutnya masalah kandungan memudaratkan ini ditangani oleh platform itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Fahmi, sejak 1 Januari hingga semalam, MCMC sudah memohon untuk menurunkan 345,712 kandungan memudaratkan daripada platform digital dengan sekitar 91% kandungan iklan judi dan penipuan.

“Kalau kita ambil angka 345,712 yang saya sebutkan tadi dan didarab dengan 30 minit bagi setiap permohonan, bermaksud dari 1 Jan hingga semalam, MCMC telah menggunakan sejumlah 19.7 tahun waktu bekerja untuk memfailkan kandungan yang dipercayai memudaratkan,” katanya.

Justeru itu, Fahmi berkata MCMC sedang meneliti penggunaan teknologi agentic AI bagi meningkatkan kecekapan mengurus aduan serta mengurangkan beban kerja pegawai.

Pada masa sama, pihaknya juga menggalakkan platform media sosial memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan dan menurunkan kandungan yang melanggar garis panduan komuniti dengan lebih pantas.

Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan sedang melengkapkan kerangka kawal selia di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperjelaskan tanggungjawab platform digital, khususnya berkaitan pengendalian kandungan memudaratkan menerusi ciri pesanan peribadi.

Katanya,rundingan awam dijalankan MCMC untuk membangun Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Sifat yang Lain bagi Ciri-Ciri Pesanan Peribadi).

“Kesemua perundangan subsidiari, kod dan garis panduan ini digubal bagi memperincikan kewajipan serta obligasi pemberi perkhidmatan berlesen di bawah Akta 866 di samping memberikan panduan yang jelas mengenai pematuhan terhadap tanggungjawab statutori,” katanya.

Fahmi menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai status pembangunan instrumen subsidiari di bawah Akta 866, termasuk peraturan, garis panduan serta mekanisme pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata peraturan tersebut merupakan antara 10 instrumen subsidiari yang dibangunkan bagi melengkapkan pelaksanaan Akta 866, merangkumi pelbagai peraturan, kod dan garis panduan di mana empat daripadanya sudah dikuatkuasakan serentak dengan Akta 866 pada 1 Januari 2026.

“Ia melibatkan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Fi) 2025, Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Bentuk Aku Janji) 2025, Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tribunal Rayuan Keselamatan Dalam Talian) 2025, dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025.

“Dua lagi peraturan subsidiari telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2026, iaitu Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Pengkompaunan Kesalahan) 2026 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Pelan Keselamatan Dalam Talian) 2026,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata pelaksanaan akta itu akan memastikan platform media sosial memikul tanggungjawab lebih besar dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.